Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Subhanallah dan teramat syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana telah menggerakkan hati saya ini untuk menulis semula entri di dalam blog kesayangan saya ini.Sudah terlalu lama saya tidak up-date entri kerana kekangan masa dan tiada kemudahan dalam mendapatkan jalur lebar internet.Maklumlah sebelum ini saya cuti belajar dan balik ke kampung yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah.Tambahan,kekurangan membaca dan kurang perhatian untuk menulis semula entri ini.Syukur alhamdulillah Allah S.W.T telah membuka semula hati saya untuk memandang dan memberi perhatian yang lebih kepada blog saya ini.
Tidak ada apa yang ingin saya coretkan di dalam blog ini buat seketika.Namun,saya ingin menceritakan sesuatu kepada anda semua.Sebelum ini,saya pernah berjanji bahawa saya akan menulis di dalam blog ini sekiranya saya dapat lulus semua subjek pelajaran yang saya ambil dalam bidang pembelajaran saya.Jadi,akan mengotakan janji saya ini dengan menulis entri ini.Syukur alhamdulillah masa yang saya tunggu itu akhirnya tiba.Saya telah lulus semua mata pelajaran dalam exam yang lepas.Ketika exam itu,saya sudah pun berada di semester 5 dan semester terakhir saya akan menjalani latihan industri.
Saya sebenarnya sangat risau jika ada subjek pelajaran yang tidak lulus.Sekiranya ini berlaku,saya tidak layak untuk menjalani latihan industri dan tidak akan menulis entri ini.Bercerita mengenai latihan industri,saya ada memikirkan sesuatu mengenai tanggungjawab.
Tanggungjawab saya selepas ini dengan perlahan-lahan akan bertukar dari tanggungjawab sebagai seorang pelajar kepada tanggungjawab sebagai seorang pekerja.Bagi saya,tanggungjawab ini akan bertambah besar dan berat.Saya harapkan saya mendapat kejayaan lebih besar selepas ini.Sesiapa yang menbaca entri ini,doakanlah saya sebagai saudara seagama supaya kita sama-sama berjaya di dunia dan akhiratAmiin!!!
Wassalam...
No comments:
Post a Comment