Alhamdulillah kerana saya diberikan kesempatan lagi untuk meneruskan penulisan blog ini walaupun sudah sangat lama saya tinggalkan.Bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menggerakkan hati saya untuk menulis sesuatu di dalam halaman ini.Harap-harap ianya memberikan kebaikan kepada saya dan pembaca.insyaallah........
Setiap hari sering saja kita mendengar orang menghadapi masalah dan sukar untuk menyelesaikannya.Kadang-kala masalah itu membuatkan kita sangat tertekan.Tidak kiralah permasalahan itu datang dari rumahkah..tempat kerja/belajarkah..atau dalam diri kita sendiri.Dan yang paling pasti ianya membuatkan kita sedih dan tidak gembira.
Mengapa tidak gembira?adakah kita perlu tidak gembira bila ada masalah?Kalau kita ada masalah,tidak boleh bergembirakah kita?haaaaakan....kan dah banyak persoalannya.Kita masih boleh bergembira dan tersenyum walau apa2 keadaan yang kita hadapi.Buktinya lihat pepatah ini....'tiada penyakit yang tiada ubatnya dan tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan'.
Haaaa....nampak apa yang saya cuba sampaikan?Maknanya disini apabila kita menghadapi sebarang permasalahan,pertama sekali yang perlu kita fikirkan dan lakukan adalah bagaimana untuk kita selesaikan masalah yang menghantui hidup kita itu.Walaupun begitu,Orang lain akan mempersoalkan saya.
'alah kau cakap senanglah kau tak de kat situasi aku sekarang'.
Ok fine...memang saya tidak berada dalam situasi anda,tapi itu tidak bermakna saya tidak mempunyai masalah.Jadi sekarang ini,apa yang perlu kita lakukan apabila menhadapi masalah adalah cuba untuk berhadapan dengan masalah itu.Jangan sesekali untuk lari dari masalah.Bahana yang akan menimpa kita apabila kita cuba lari dari masalah adalah masalah kedua akan muncul.Mungkin selepas itu,masalah ketiga,keempat,kelima dan seterusnya turut akan muncul.
So,manakah pilihan anda?Hadapi masalah atau bersiap sedia untuk menerima masalah yang lebih besar dan dahsyat.Terpulang...Apa yang penting jangan membiarkan anasir-anasir negatif membantutkan kegembiraan anda sehari-hari.Bergembiralah selalu dan jadilah seorang yang berani menghadapi masalah.....
ALWAYS SMILE!!
Wassalam.......................


No comments:
Post a Comment