Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Hari ini saya ingin mengajak anda bersantai dan melupakan seketika hal-hal harian yang kadang-kala memberikan kita masalah.Kita tenangkan seketika hati dan perasaan kita.Saya ingin membawa anda ke dunia yang lain.Kita bersama-sama berfikir sejenak mengenai SAHABAT.Anda ada sahabat?
Sahabat adalah teman suka duka kita.Dia sentiasa berada bersama kita ketika senang dan susah.Ibarat orang mengatakan 'biar kita ada hanya seorang sahabat daripada seribu kawan'.Peranan sahabat adalah sangat penting selepas keluarga.Mempunyai seorang sahabat sebenarnya adalah sangat sukar.Sukar sekali untuk kita mengangkat seseorang itu sebagai Sahabat.Hal ini kerana hubungan persahabatan memerlukan kepercayaan antara satu sama lain,pandai menyimpan rahsia,tidak talam dua muka.
Kebanyakan sekarang kawan-kawan kita melayan kita dengan sangat baik,tapi di belakang mengata segala keburukan dan keaiban kita.Ini yang kita tidak mahu.
Jadi,sebagai hadiah atau penghargaan kepada para sahabat,saya memberikan sedikit Buah Hati berbentuk kata puisi yang bertajuk "SAHABAT".
SAHABAT
Ada hanya satu dari sejuta manusia
menjalani hidup ini suka duka bersama
kaulah teman sejati yang ada di sini
sentiasa menemani aku di sini
Engkau hanya seorang teman setia ku kini
senyum engkau ketawa,sedih engkau menangis
aku berterima kasih atas semua ini
pengorbanan kau beri aku hargai
Biarlah persahabatan ini kekal abadi
untuk selamanya kita bersama
kuatkanlah diri dengan ujian ini
kerna tak semua senangi kita
Sahabat....
"sesungguhnya Rasulullah S.A.W juga mempunyai SAHABAT yang mempunyai budi pekerti yang tiada tolok bandingnya.Beliau adalah Abu Bakar Al-Siddik"
Wassalam....
No comments:
Post a Comment