Pages

Friday, 5 October 2012

BAGAIMANA CARA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

   Siapa ketika ini sedang dalam 'mood' menyambut hari kelahiran?Pastinya sangat menyeronokkan apabila tiba waktu ini terutamanya bagi golongan ramaja dan belia.Hal ini kerana dalam pemikiran kita akan ada bermacam-macam idea untuk kita lakukan bagi meraihkan hari kelahiran.Sebagai contoh,meraihkan hari kelahiran bersama-sama keluarga dengan pergi melancong,makan malam bersama,bershopping,pergi ke tempat yang menarik dan macam-macam lagi.

    Namun,ada satu cara menyambut hari kelahiran yang agak 'pelik' dan telah menjadi satu tradisi masyarakat kita di Malaysia.Sambutan hari lahir 'pelik' ini sering melibatkan penggunaan TEPUNG DAN TELUR.Apabila sebut sahaja hari lahir,tepung dan telurlah yang akan menjadi sajian utama.Namun,bahan-bahan ini bukanlah digunakan untuk membuat kek atau pun makanan tapi ianya digunakan untuk 'menghentam' insan yang hari lahirnya telah tiba.Lihat seperti gambar dibawah :-




Inilah Bahananya menyambut hari lahir.hahha...

     Sungguh menyeramkan apabila melihat mangsa hari lahirnya sendiri(hahaha..).Keadaan ini sering sahaja berlaku di kalangan remaja terutamanya yang masih belajar.Mereka berasa upacara ini adalah upacara yang'wajib' dan jika tidak dilakukan,suasana sambutan hari lahir tidak akan meriah.Namun,kebelakangan ini saya perhatikan keadaan ini menjadi semakin teruk dan melampau.Hal ini kerana berdasarkan pengalaman saya melihat sambutan hari lahir kawan saya,bukan sahaja bahan dari tepung dan telur sahaja yang digunakan,tetapi bahan-bahan lain yang tidak sepatutnya turut digunakan.Antaranya :-
  1. Minyak hitam
  2. Nasi basi(seminggu punye perap)
  3. Telur busuk
  4. Air longkang
  5. Campuran abu rokok+Kahak+Air basuhan= ?
  6. Tepung+air(kalau kena baju alamatnya buang terus)
     Kedengaran agak gila-gilakan...Tapi itulah hakikatnya.Sehinggakan suasana yang sepatutnya meriah bertukar menjadi muram dan bermasam muka.Oleh itu,kita harus berfikir sebelum melakukan suatu pekerjaan itu.Sebelum 'menyerbu mangsa',lihat dulu personaliti orang itu samada dia boleh terima atau pun tidak perbuatan yang bakal kita lakukan.


     Tapi bagi saya,perbuatan ini tidak salah pun asalkan ianya tidak melampaui batas sebagai seorang manusia.Asalkan perbuatan itu tidak mendatangkan kecederaan kepada diri kita.Kita sendiri pun tahu kawan-kawan kita melakukan perbuatan ini adalah dengan niat yang murni iaitu memeriahkan suasana sambutan hari lahir.Oleh itu,saya cuba cadangkan kepada anda beberapa perkara selepas melaksanakan 'upacara maut' itu.Antaranya :-

  1. Meminta maaf sekiranya perbuatan kita agak melampaui batas
  2. Memberikan cenderhati /hadiah berupa kek ataupun barangan
  3. Memberikan kata-kata semangat atau ucapan berharga
  4. Meraihkan sambutan dengan jamuan makanan.


Nielah sebenarnya yang dinantikan..Bukannya Tepung dan telur!!!

Wassalam.....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...