Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ok.Hari ini baru berkesempatan untuk saya memperkenalkan haiwan kesayangan saya iaitu arnab.Arnab merupakan seekor haiwan yang mudah membiak dan tidak rumit untuk dijaga.Haiwan ini sangat sesuai untuk dipelihara atau tujuan penternakan.Sebelum ini saya sudah menternak arnab sebanyak 4 ekor.Dan sekarang arnab saya baru sahaja melahirkan anak sebanyak 9 ekor.Kesemuanya sangat comel dan sihat.Malangnya,seekor daripadanya telah mati di baham seekor kucing.Mungkin tiada rezeki kan.
Baru-baru ini saya juga ada membeli 2 ekor arnab betina.Tujuan saya membeli arnab betina ini adalah untuk membuat induk.Hal ini kerana 4 ekor arnab sebelum ini adalah 3 ekor jantan dan hanya seekor betina.Ketika itu saya masih pelihara arnab atas dasar hobi dan suka-suka sahaja.Namun,lama-kelamaan timbul perasaan untuk menternak arnab secara serius.Tapi,saya akui masih banyak ilmu tentang penternakan arnab belum saya perolehi.
Oleh itu,saya ada mencari sedikit ilmu dan pengetahuan tentang penjagaan,jenis makanan dan cara membiakkan arnab dengan betul di blog-blog internet dan pembacaan yang lain.Di masa akan datang bolehlah sedikit sebanyak saya kongsikan info dan maklumat tentang perkembangan arnab ini.Di bawah ini ada sedikit gambar arnab yang saya baru beli.
Ni saya berikan namanya sebagai Lulu.Saya beli dengan harga RM38 dengan saiz badannya sederhana besar.Usianya tidak diketahui sebab taukey kedai pun tak tahuBelum pernah beranak lagi.Kalau mengawan saya tak tahu dah ke belum.hehe...
Ni pula saya namakan sebagai Lucy.Comelkan...Harga arnab putih ini adalah RM20.Murah sedikit berbanding dengan arnab di atas.Sebabnya saiz yang kecil dan usia yang masih dalam lingkungan 2 bulan sahaja.
Ini pula arnab induk saya yang melahirkan 9 ekor anak.Namanya Mimie.Akan datang saya akan menunjukkan gambar anaknya.Harap-harap sempatlah sebabnya dah ramai sudah tempah nak beli ana arnab tuh.Cuma tunggu masa sebab belum putus susu dan cukup umur.


