Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pawagam Terbesar Di kota Tinggi....itulah paparan kain rentang yang saya lihat di sekitar bangunan baru di Bandar Kota Tinggi,Johor sebelum ini.Alhamdulillah akhirnya siap juga pawagam ini.Sudah agak lama juga saya menunggu pembukaan pawagam ini kerana Bandar Kota Tinggi ini berdekatan dengan kampung saya.tak perlulah saya pergi jauh-jauh lepas nie kalau rasa nak tengok wayang.
Tapi,yang membuatkan hati saya nak tergelak adalah kenyataan yang ada pada kain rentang pembukaan pawagam itu.Kenyataan di kain rentang itu berbunyi 'PAWAGAM TERBESAR DI KOTA TINGGI'.Agak-agaknya besar mana yer pawagam tuh...Setahu saya sebelum ni belum ada lagi pawagam di kota tinggi nie.Macamana pula boleh jadi 'pawagam Terbesar'.Dimanakah perbandingan itu berlaku?hahahahah.......sekadar gurauan.....
Apa-apa pun saya rasa bangga dengan kewujudan pawagam ini kerana ia juga melambangkan perkembangan dan kemajuan di kawasan Bandar Kota Tinggi.Jadi,makin sesaklah kawasan ni tak lama lagi...
SESAK-SESAK.....................................................!!!!
SESAK-SESAK.............................................!!!!!!!!!!!

No comments:
Post a Comment