Pages

Saturday, 7 April 2012

MALAM MINGGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera......


Mengenangkan final exam yang semakin mendekat nie,hati aku sering jer tak keruan.Apa yang aku buat semuanya macam tak kena saja.Ini gara2 memikirkan samada dapatkah aku menjawab exam nanti dengan cemerlang?Persiapan untuk menghadapi exam baru saja aku mulakan pada pagi tadi.Aku memikirkan subjek mana yang aku perlu mulakan.Biasalah seperti exam2 yang lepas bahkan dari bangku sekolah lagi,aku akan memilih subjek yang banyak membaca.Hal ini kerana aku suka membaca.Walaupun aku suka subjek membaca,tapi aku tetap mengakui bahawa subjek mengira adalah lebih mudah berbanding membaca kerana mengira tidak perlu menghafal dan memerah otak untuk mengingat semua fakta.Aku pun tak tau kenapa aku suka subjek yang banyak membaca.


     Hari ini aku mengulangkaji bertemankan buku dan dua housemate aku.Yang seorang itu sedang sibuk handle satu program besar.sekejap2 keluar masuk rumah dan sekejap ada dan sekejap tiada di rumah.Aku pun malas nak mengambil endah mengenainya.Aku menumpukan semula study aku.yang seorang lagi sibuk juga.Tapi sibuk dengan laptopnya dan asyik bermain game.Aku pun malas nak mengendahkan dia.Housemate aku yang lain semuanya balik ke kampung masing-masing.Maklumlah tiada study week untuk kita orang semua.Padan muka..


     Jadi,aku simpulkan hujung minggu ini adalah suatu yang agak membosankan.tapi aku mengisi kebosanan itu dengan membaca banyak artikel yang dipost oleh facebooker.Aku on9 dan banyak membaca artikel yang sangat menarik.Thanks kepada sahabat facebooker aku kerana sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan aku ini...


so,walau apa pun keadaan kita tak perlulah kita tension2 sangat....


Walaupun final exam semakin mendekat....relax jer...


yang penting usaha sedaya upaya dan bertawakal kepada Allah...


Bak pepatah saya katakan..."Bersantailah sambil menyanyi"...


Wasssalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...