Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Ketika dan saat ini bagaimana dengan keadaan hati anda?Adakah ia sedang bersedih ataupun gembira.Syukur dan alhamdulillah jika ketika ini hati anda sedang merasai ketenangan jiwa.Di dalam kehidupan seharian kita,perasaan kita sebagai manusia sering berubah.Kadang-kadang sedih,kadang-kadang gembira.Pasti kita lebih suka apabila perasaan gembira itu selalu singgah ke dalam hati kita.Hal ini kerana dengan kegembiraan itu lahirlah ketenangan di dalam hati.
.jpg)
Sudah semestinya sesuatu perasaan itu(tidak kiralah gembira atau pun sedih) muncul ke dalam hati kita tentunya bersebab.Kita akan rasa gembira apabila sesuatu yang menyenangkan berlaku pada diri atau sekeliling kita.Kita juga mampu tertawa dengan perasaan gembira itu.Sebagai contoh kita sangat berasa gembira apabila kita mendapat result yang cemerlang dalam peperiksaan.Hati pastinya berbunga-bunga apabila kita dapat yang apa yang kita mahu.Contoh lain pula,kita sentiasa rasa gembira apabila kita mempunya kawan yang ramai,hidup senang,duit banyak,pandai dan mempunyai teman istimewa(owg kmpung saya panggil 'awek' or 'pakwe').
Sama juga seperti perasaan gembira.Perasaan sedih juga akan kita rasa bersebab.Kebanyakan perasaan sedih ini menyelubungi hati apabila berlaku perkara yang buruk dalam hidup kita.Penderitaan dan kekesalan yang amat sangat akan kita rasai sejurus perkara yang tidak diingini berlaku.Contoh yang paling mudah adalah sesuatu yang berkaitan dengan kematian.Memang ini akan menyebabkan perasaan sedih yang teramat sangat.Namun,kita sebagai umat islam kita ada batasnya untuk bersedih lebih-lebih lagi bersedih kerana meratapi kematian.Kesedihan itu juga boleh dirasai apabila sesuatu yang kita impikan tidak berlaku.Kita mengharapkan ini,tetapi itu pula yang kita dapat.Hanya disebabkan itu saja kita rasa sedih.Cuba kita fikirkan sejenak...Kalau kita sentiasa dapat apa yang kita hendak,adakah itu kehidupan....?
Kalau hidup tiada masalah,bukan kehidupan namanya tuh.....
Hayatilah kata-kata hikmah ini
Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan.
Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan
yang belum pasti untuk selama-lamanya..
Jadi,segala perasaan yang menghinggapi hati kita setiap hari janganlah dijadikan bebanan.Segala perasaan yang kita rasa itu adalah anugerah dari Allah S.W.T.Yang penting kita tidak perlulah terlalu memikirkan perasaan gembira atau sedih itu.Biarlah perasaan itu datang dan pergi di dalam hati kita.Apa yang perlu kita cari dan usahakan ialah perasaan TENANG.Ketenangan boleh kita perolehi apabila kita mendapat keredhaan dari ilahi..
Wassalam.......

No comments:
Post a Comment