Assalamualaikum dan salam
sejahtera.Kadang-kadang tersenyum saya dibuatnya apabila melihat gelagat
manusia yang bercinta pada masa kini.Ada yang menarik,romantik dan ada juga
yang mendukacitakan.Ada juga yang tidak dapat mengakhiri hubungan cinta itu
dengan ikatan perkahwinan yang sah walaupun telah lama menyulam kasih.Bagi yang
mengakhiri cinta dengan perkahwinan,pasti ianya suatu yang sangat manis.
Namun,adakah selepas berkahwin atau
bernikah suatu pasangan itu mampu merasai suasana semasa bercinta dahulu?ada
lagikah suasana mengurat untuk menarik perhatian pasangan?Kebanyakan pasangan
meninggalkan semua ini selepas bergelar suami isteri.Dalam kesibukan membina
keluarga,ramai tidak sedar mereka berhenti mengurat pasangan selepas menjadi
suami isteri.
Masa bercinta,segalanya sanggup dilakukan
demi memenangi hati dara atau jejaka idaman.Bukan sahaja menjaga penampilan,tingkah
laku sopan dan tutur kata lembut menyenangkan membuatkan hati lebih
tertawan.Bak kata orang,sehari tak jumpa jiwa bergelora.
Namun selepas berkahwin lain
ceritanya.Kemanisan percintaan yang dulunya terasa hingga ke liang roma mula
hilang sengatnya.Kalau dulu,apabila merajuk cepat saja si dia memujuk.Apabila sudah hidup serumah,jauh hati
sampai ke petang pun kadangkala pasangan buat tidak peduli.
Jadi,di
sini ada 5 tip bagi mana-mana pasangan suami isteri yang ingin mempraktikkan
semula suasana mengurat di dalam rumahtangga pula:
- Pemberian Hadiah
Hadiah
yang diberikan tidak semestinya mahal atau hebat asalkan ia dapat menambat
semula hati pasangan agar mereka tahu yang dia masih disayangi oleh suami atau
isteri.Memberi hadiah istimewa kepada pasangan untuk menghargai bantuan yang
diberikan bukan hanya pada hari tertentu seperti hari lahirnya sahaja,malah ia
harus dilakukan tidak kira masa sebagai tanda terima kasih.
- Kata-kata indah dan pujian
Tidak
salah utuk memberi pujian kepada isteri ketika dia tampil cantik di hadapan
anda atau menghidangkan masakan yang dimasak sendiri oleh isteri.Jangan lupa
untuk mengungkap kata cinta kepada pasangan dengan seikhlas hati.
- Melalui Sentuhan,Belaian dan Urutan
Tidak
semestinya menambat hati pasangan hanya berbentuk kata-kata sahaja tetapi perlu
diungkapkan melalui perbuatan seperti menyentuh pasangan dengan lembut,membelai
penuh manja atau berikan urutan jika pasangan anda memang menggemarinya.
- Memberikan Bantuan Atau
Khidmat
Memberikan
khidmat dengan membantu pasangan mengemas rumah,membasuh
pinggan,bersama-sama,menyediakan sajian atau menjaga anak untuk mengurangkan
beban isteri apatah lagi jika pasangan bekerja.
- Masa Yang Berkualiti
Luangkan
masa dengan pasangan dan jangan terlalu mementingkan kerjaya sehingga
mengabaikan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.Bawa pasangan ke tempat
yang disukai atau melakukan aktiviti bersama dan mewujudkan suasana romantic
untuk mengimbau kembali kenangan manis ketika berkasih.
Wassalam…

No comments:
Post a Comment