Pages

Monday, 12 November 2012

SAAT AKHIR MENGADAP FINAL EXAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

     Ketika ini perasaan aku bercampur baur memikirkan final exam yang semakin hampir.Hari ini tarikh menunjukkan 12 hb November 2012.Aku akan memulakan final exam bagi tahun yang ke-2 pada 17 hb.Hari yang tinggal untuk aku mengulang kaji pelajaran hanya tinggal beberapa hari saja lagi.Memang bohonglah jika aku katakan aku tidak gementar.Setiap exam aku akan rasa gementar.Hal ini kerana aku risau jika ku tidak dapar result yang baik.Aku risau akan mengecewakan harapan keluarga aku.

     Mengenangkan result sebelum ini aku ada gagal,exam yang akan datang ini membuatkan aku sedikit takut.Aku takut aku akan mengulangi kesilapan aku itu.Kegagalan aku itu bukan disebabkan aku tidak belajar,tetapi disebabkan kelalaian aku ketika di dalam dewan peperiksaan.Subjek yang aku gagal ketika itu terletak pada hari terakhir peperiksaan.Jadi,aku terlalu gembira untuk menghabiskan 'last paper' itu sehinggakan aku menjawab soalan itu dengan sambil lewa.Banyak sangat soalan yang tidak aku jawab.Aku terlalu yakin bahawa aku akan lulus semua subjek.Hal ini kerana sebelum itu aku tidak pernah gagal apa-apa subjek.

     Seriusly,aku sangat kecewa dengan kegagalan itu.Aku rasa aku mengkhianati kepercayaan,harapan dan belanja yang telah diberikan kepada aku.Namun,Aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi.Aku yakin subjek yang aku gagal itu mampu untuk aku tebus semula.Aku yakin akan lulus subjek itu dan mengharapkan akan lulus juga untuk subjek yang lain.

     Aku akan cuba menaikkan kembali pointer aku yang telah jatuh merudum gara-gara kegagalan subjek itu.Aku akan cuba study secara smart,dan bukannya study hard.Aku akan cuba belajar secara ringan dan tanpa tekanan.Apa yang penting berdoa kepada Allah s.w.t supaya permudahkan urusan aku dan luluskan aku dalam semua subjek di final exam nanti.Amiinnnn!!!

* Insyaallah,kalau result kali aku memuaskan hati dan tidak ada gagal,aku akan menulis blog mengenai kejayaan aku itu.(sekadar dorongan untuk diri sendiri):)


NAK BERJAYA,KENA YAKIN PADA DIRI
BILA YAKIN,KEJAYAAN AKAN DATANG

Wassalam....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...