Memandang langit yang permai
Disinari cahaya dan kesegaran pagi
mewujudkan alunan memori indah
membangunkan ku dari lena yang terbuai
Aku berlari keliling kota
teraba-raba mencari suatu makna
ku menempuh badai dan tembok besar
hanya semata membongkar erti yang sebenar
ku mendengar burung berkicau
seperti mahu menyambut kehadiran ku
ku lihat pula pipit menyanyi
cuba menghiburkan hati ini
Jiwa dan perasaan sangat bahagia
tatkala berdiri di keramaian makhluk ilahi
kasih sayang ibarat air terjun yang menerjah
hati dibelai tenang sentiasa
hadirmu di sini bagaikan pengganti
mengubah takdir kekecewaan semalam
hadirmu mewarnai hidup ini
mengembalikan semangat yang hilang
kau dijadikan teman setia
menemani diri di kala sepi
kita menempuh arus onak dan duri
kau menjadi benteng pada diri ini
Bulan dan bintang menjadi saksi
kebahagiaan yang kita miliki
andai kita terus bersama
kini dan selamanya
itulah bahagia
No comments:
Post a Comment